BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Wednesday, July 14, 2010

Ular sepanjang 55 kaki di temui


Foto di atas menunjukkan ular sepanjang 55 kaki ditemui di dalam hutan di negera China. Foto tersebut disiarkan dalam laman web People's Daily, akhbar rasmi Parti Komunis China. Akhbar tersebut mendakwa ular tersebut salah satu daripada dua ular gergasi yang ditemui oleh pekerja ketika membersihkan kawasan hutan untuk membuat jalanraya di luar kawasan Guiping City, Semenanjung Jiangxi. Berdasarkan keterangan pekerja ia ditemui secara tidak sengaja. Ketika sedang membersihkan kawasan hutan untuk kali ketiga operator jentolak menemui kesan darah pada tanah yang dikorek. Setelah disiasat pekerja tersebut menemui ular besar yang sudah mati. Pada waktu yang sama ular gergasi berwarna emas juga ditemui dengan mulutnya yang sudah menganga luas untuk menyerang. Pemandu jentera yang menemuinya hampir lumpuh ketakutan dan pekerja-pekerja yang lain bertempiaran lari meneyelamatkan diri masing-masing. Mereka kembali semula ketempat kejadian dan mendapati seekor ular gergasi telah mati dan seekor lagi yang berwarna emas telah melarikan diri. Akhbar People's Daily mendakwa lagi operator jentolak yang menemui ular tersebut mengalami trauma yang dahsyat dan mengalami serangan jantung akibat ketakutan yang amat sangat. Operator tersebut akhirnya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Ular yang mati itu berukuran 55 kaki panjang ( 16.7m ) dan beratnya hampir 300kg. Usianya diangarkan 140 tahun. Walau bagaimanapun pegawai kerajaan di Guiping menyatakan ulat gergasi tersebut bukanlah haiwan asal di kawasan terbabit.

Tuesday, July 13, 2010

5 Lokasi Paling Misteri di Dunia


PINTU NERAKA
Lokasi yang digelar oleh penduduk tempatan sebagai pintu neraka atau "the door to hell" berada di negara Uzbekistan. Ia terletak di Darvaz iaitu sebuah pekan kecil. Ia telah wujud sejak 35 tahun yang lalu. Lokasi tersebut ditemui oleh sekumpulan ahli geologi yang sedang menjalankan aktiviti carigali. Mereka telah menemui sebuah gua yang tersembunyi jauh di dalam perut bumi. Peralatan carigali dan peralatan lain terpaksa digunakan sehingga jauh ke dalam. Ahli geologi tersebut mengambil keputusan untuk menghentikan aktiviti mereka apabila mendapati lubang gua tersebut dipenuhi dengan gas. Untuk mengelakkan gas tersebut meracuni alam sekitar mereka menyalakan api supaya gas tersebut tidak terbebas keluar dari mulut gua itu. Semenjak itu api yang membakar gas-gas tersebut bertahan selama 35 tahun dan sehingga kini tidak wujud tanda-tanda ia akan padam. Tiada siapa yang tahu berapa tan simpanan gas yang masih ada dan sehingga bila gas tersebut terbakar.    



                                                                                   
LUBANG MISTERI
Pada akhir tahun 1980-an berlaku satu fenomena ganjil di kawasan hutan Russia. Penduduk tempatan telah menemui lubang dalam yang ganjil. Ia terletak jauh di kawasan hutan sehingga mustahil untuk jentera atau kenderaan membawa peralatan gerudi. Apa yang menambahkan lagi keanehannya tiada sebarang longgokan tanah ditemui di kawasan sekitarnya jika ia digali atau dikorek oleh manusia. Ada penduduk yang cuba mengukur kedalaman lubang tersebut dan mendapati ia tidak berpenghujung. Bagaimana lubang tersebut terbentuk dengan begitu sempurna dan apakah tujuannya di buat menimbulkan seribu persoalan. Ada teori yang mengatakan lubang tersebut dihasilkan oleh UFO atau makhluk dari luar memandangkan lubang tersebut hanya boleh terhasil dengan penggunaan teknologi yang tinggi.


 

BANDAR HANTU
Bandar yang digelar bandar hantu terletak di selatan Namibia, beberapa kilometer daripada pelabuhan darat Luderitz. Sekitar tahun 1908, Luderitz menjadi terkenal dengan aktiviti perlombongan berlian. Ia menjadi tumpuan dan berduyun-duyun orang datang ke gurun Namibia untuk mencuba nasib dan menjadi kaya dalam sekelip mata. Dalam tempoh dua tahun sahaja bandar yang terletak di tengah-tengah gurun itu membangun dengan begitu pesat. Pelbagai kemudahan dan prasarana dibina termasuk kasino, sekolah, hospital dan bangunan kediaman eksklusif. Boleh dikatakan bandar tersebut tersergam ditengah-tengah padang pasir Namibia. Akibat perang dunia pertama meletus industri berlian secara tidak langsung terjejas mengakibatkan perniagaan berkaitan berlian ditutup. Pada 1950-an kegemilangan bandar Luderitz telah pudar. Ia ditinggalkan sedikit demi sedikit sehinggalah ia tidak berpenghuni. Bangunan-bangunan dan kemudahan-kemudahan yang dibina dihakis oleh pasir dan hampir separuh dilitupi oleh pasir menjadikannya bandar hantu yang ditinggalkan begitu sahaja.



BUKIT SALIB
Ia digelar bukit salib atau cross hill kerana terdapat lebih daripada 50,000 salib disitu. Apa yang aneh ia bukanlah sebuah perkuburan ataupun gereja. Sebab salib diletakkan di bukit tersebut kerana terdapat satu kisah iaitu sesiapa yang mencacakkan salib kepunyaan sendiri di bukit tersebut akan mendapat tuah. Oleh sebab itu setiap pengunjung yang berkunjung ke situ mencacakkan salib untuk mendapatkan tuah. Penduduk setempat mengatakan tradisi sebegitu sudah lama diamalkan malah ia telah diamalkan sebelum kedatangan kristian lagi ke Lithuania dan Rusia.  



PEKAN NERAKA
Pekan neraka atau "mouth of the hell"  terletak di Centralia dalam daerah Pennslyvania ( Amerika Syarikat ). Pada tahun 1962 kebakaran kecil telah berlaku dan mendedahkan simpanan arang batu yang terletak di bawah pekan tersebut. Kebakaran bahagian permukaan tanah telah berjaya diatasi dan dipadamkan namun simpanan arang batu yang tersimpan di bawah pekan tersebut tetap menyala dan mengeluarkan asap. Pada 1984 kebakaran sekali berlaku dan mengeluarkan asap. Ia tidak dapat dikawal lagi dan kesemua penduduknya diarahkan meningalkan pekan tersebut serta-merta. Sekarang pekan Centralia tidak berpenghuni dan mewujudkan pekan berhantu. Menurut kajian simpanan arang batu yang terdapat di bawah pekan tersebut tidak akan habis sehingga 250 tahun akan datang. 


Thursday, July 8, 2010

Koleksi foto pokok yang pelik dan aneh



















































Monday, July 5, 2010

Koleksi Photo Awan Yang Pelik dan Aneh

Koleksi photo awan di bawah kelihatan pelik dan aneh kerana lain dari yang biasa kita lihat. Namun anggaplah fenomena tersebut sebahagian daripada kuasa Allah s.w.t. Tiada yang pelik sebenarnya jika kita menganggap ia hanyalah sebahagian lukisan alam. Tatapan foto di bawah sekadar untuk mengingatkan kita betapa indahnya awan-awan yang terbentang luas ciptaan Allah.

p/s : foto awan di atas disahkan bukan teknik fotografi atau photoshop. Ia diambil oleh jurugambar yang profesional dan secara kebetulan sahaja.