BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Wednesday, July 14, 2010

Ular sepanjang 55 kaki di temui


Foto di atas menunjukkan ular sepanjang 55 kaki ditemui di dalam hutan di negera China. Foto tersebut disiarkan dalam laman web People's Daily, akhbar rasmi Parti Komunis China. Akhbar tersebut mendakwa ular tersebut salah satu daripada dua ular gergasi yang ditemui oleh pekerja ketika membersihkan kawasan hutan untuk membuat jalanraya di luar kawasan Guiping City, Semenanjung Jiangxi. Berdasarkan keterangan pekerja ia ditemui secara tidak sengaja. Ketika sedang membersihkan kawasan hutan untuk kali ketiga operator jentolak menemui kesan darah pada tanah yang dikorek. Setelah disiasat pekerja tersebut menemui ular besar yang sudah mati. Pada waktu yang sama ular gergasi berwarna emas juga ditemui dengan mulutnya yang sudah menganga luas untuk menyerang. Pemandu jentera yang menemuinya hampir lumpuh ketakutan dan pekerja-pekerja yang lain bertempiaran lari meneyelamatkan diri masing-masing. Mereka kembali semula ketempat kejadian dan mendapati seekor ular gergasi telah mati dan seekor lagi yang berwarna emas telah melarikan diri. Akhbar People's Daily mendakwa lagi operator jentolak yang menemui ular tersebut mengalami trauma yang dahsyat dan mengalami serangan jantung akibat ketakutan yang amat sangat. Operator tersebut akhirnya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Ular yang mati itu berukuran 55 kaki panjang ( 16.7m ) dan beratnya hampir 300kg. Usianya diangarkan 140 tahun. Walau bagaimanapun pegawai kerajaan di Guiping menyatakan ulat gergasi tersebut bukanlah haiwan asal di kawasan terbabit.

Tuesday, July 13, 2010

5 Lokasi Paling Misteri di Dunia


PINTU NERAKA
Lokasi yang digelar oleh penduduk tempatan sebagai pintu neraka atau "the door to hell" berada di negara Uzbekistan. Ia terletak di Darvaz iaitu sebuah pekan kecil. Ia telah wujud sejak 35 tahun yang lalu. Lokasi tersebut ditemui oleh sekumpulan ahli geologi yang sedang menjalankan aktiviti carigali. Mereka telah menemui sebuah gua yang tersembunyi jauh di dalam perut bumi. Peralatan carigali dan peralatan lain terpaksa digunakan sehingga jauh ke dalam. Ahli geologi tersebut mengambil keputusan untuk menghentikan aktiviti mereka apabila mendapati lubang gua tersebut dipenuhi dengan gas. Untuk mengelakkan gas tersebut meracuni alam sekitar mereka menyalakan api supaya gas tersebut tidak terbebas keluar dari mulut gua itu. Semenjak itu api yang membakar gas-gas tersebut bertahan selama 35 tahun dan sehingga kini tidak wujud tanda-tanda ia akan padam. Tiada siapa yang tahu berapa tan simpanan gas yang masih ada dan sehingga bila gas tersebut terbakar.    



                                                                                   
LUBANG MISTERI
Pada akhir tahun 1980-an berlaku satu fenomena ganjil di kawasan hutan Russia. Penduduk tempatan telah menemui lubang dalam yang ganjil. Ia terletak jauh di kawasan hutan sehingga mustahil untuk jentera atau kenderaan membawa peralatan gerudi. Apa yang menambahkan lagi keanehannya tiada sebarang longgokan tanah ditemui di kawasan sekitarnya jika ia digali atau dikorek oleh manusia. Ada penduduk yang cuba mengukur kedalaman lubang tersebut dan mendapati ia tidak berpenghujung. Bagaimana lubang tersebut terbentuk dengan begitu sempurna dan apakah tujuannya di buat menimbulkan seribu persoalan. Ada teori yang mengatakan lubang tersebut dihasilkan oleh UFO atau makhluk dari luar memandangkan lubang tersebut hanya boleh terhasil dengan penggunaan teknologi yang tinggi.


 

BANDAR HANTU
Bandar yang digelar bandar hantu terletak di selatan Namibia, beberapa kilometer daripada pelabuhan darat Luderitz. Sekitar tahun 1908, Luderitz menjadi terkenal dengan aktiviti perlombongan berlian. Ia menjadi tumpuan dan berduyun-duyun orang datang ke gurun Namibia untuk mencuba nasib dan menjadi kaya dalam sekelip mata. Dalam tempoh dua tahun sahaja bandar yang terletak di tengah-tengah gurun itu membangun dengan begitu pesat. Pelbagai kemudahan dan prasarana dibina termasuk kasino, sekolah, hospital dan bangunan kediaman eksklusif. Boleh dikatakan bandar tersebut tersergam ditengah-tengah padang pasir Namibia. Akibat perang dunia pertama meletus industri berlian secara tidak langsung terjejas mengakibatkan perniagaan berkaitan berlian ditutup. Pada 1950-an kegemilangan bandar Luderitz telah pudar. Ia ditinggalkan sedikit demi sedikit sehinggalah ia tidak berpenghuni. Bangunan-bangunan dan kemudahan-kemudahan yang dibina dihakis oleh pasir dan hampir separuh dilitupi oleh pasir menjadikannya bandar hantu yang ditinggalkan begitu sahaja.



BUKIT SALIB
Ia digelar bukit salib atau cross hill kerana terdapat lebih daripada 50,000 salib disitu. Apa yang aneh ia bukanlah sebuah perkuburan ataupun gereja. Sebab salib diletakkan di bukit tersebut kerana terdapat satu kisah iaitu sesiapa yang mencacakkan salib kepunyaan sendiri di bukit tersebut akan mendapat tuah. Oleh sebab itu setiap pengunjung yang berkunjung ke situ mencacakkan salib untuk mendapatkan tuah. Penduduk setempat mengatakan tradisi sebegitu sudah lama diamalkan malah ia telah diamalkan sebelum kedatangan kristian lagi ke Lithuania dan Rusia.  



PEKAN NERAKA
Pekan neraka atau "mouth of the hell"  terletak di Centralia dalam daerah Pennslyvania ( Amerika Syarikat ). Pada tahun 1962 kebakaran kecil telah berlaku dan mendedahkan simpanan arang batu yang terletak di bawah pekan tersebut. Kebakaran bahagian permukaan tanah telah berjaya diatasi dan dipadamkan namun simpanan arang batu yang tersimpan di bawah pekan tersebut tetap menyala dan mengeluarkan asap. Pada 1984 kebakaran sekali berlaku dan mengeluarkan asap. Ia tidak dapat dikawal lagi dan kesemua penduduknya diarahkan meningalkan pekan tersebut serta-merta. Sekarang pekan Centralia tidak berpenghuni dan mewujudkan pekan berhantu. Menurut kajian simpanan arang batu yang terdapat di bawah pekan tersebut tidak akan habis sehingga 250 tahun akan datang. 


Thursday, July 8, 2010

Koleksi foto pokok yang pelik dan aneh



















































Monday, July 5, 2010

Koleksi Photo Awan Yang Pelik dan Aneh

Koleksi photo awan di bawah kelihatan pelik dan aneh kerana lain dari yang biasa kita lihat. Namun anggaplah fenomena tersebut sebahagian daripada kuasa Allah s.w.t. Tiada yang pelik sebenarnya jika kita menganggap ia hanyalah sebahagian lukisan alam. Tatapan foto di bawah sekadar untuk mengingatkan kita betapa indahnya awan-awan yang terbentang luas ciptaan Allah.

p/s : foto awan di atas disahkan bukan teknik fotografi atau photoshop. Ia diambil oleh jurugambar yang profesional dan secara kebetulan sahaja.























Monday, June 28, 2010

Spirit Of The Coins - komunikasi dengan alam ghaib



Mungkin sebahagian daripada kita pernah mencuba atau menyertai permainan spirit of the coins mengunakan papan ouija atau ouija board. Kebanyakan permainan tersebut dimainkan oleh pelajar-pelajar yang menginap di asrama. Ia dimainkan oleh dua hingga empat orang yang mengelilingi papan ouija sambil jari telunjuk menyentuh duit syiling lama. Syiling tersebut akan bergerak seoalah-olah digerakkan oleh roh atau semangat yang dipanggil atau dipuja tadi. Syiling tersebut akan bergerak ke atas nombor atau huruf dan membentuk satu mesej atau perkataan. Ini bermaksud roh tersebut sedang menghubungi atau berkomunikasi dengan kita. Kononnya permainan ini membolehkan kita mengetahui rahsia seseorang, apa yang menimpa roh tersebut sewaktu di alam nyata dan perkara-perkara yang akan berlaku masa hadapan. Artikel bukan bermaksud untuk menggalakkan permainan tersebut tetapi sekadar untuk pengetahuan dan renungan semata-mata.
Sejarah
Istilah ouija dipercayai hasil gabungan dua perkataan iaitu Bahasa Peranchis "oui" dan Bahasa German "ja". Kedua-duanya bermaksud ya atau yes. Ouija board juga dikenali dengan beberapa nama iaitu spirit board, talking board atau witch board. Ia diperbuat dari papan rata dan mengandungi huruf, nombor dan simbol yang dicetak diatas papan tersebut. Planchette digunakan sebagai alat penunjuk atau 'indicator' jika syiling tidak digunakan. Palnchette adalah sekeping papan kecil berbentuk hati dan digunakan untuk menunjukkan huruf atau nombor.
Pengunaan kaedah penulisan menggunakan perantraan roh telah dikesan di Cina sekitar 1100 sebelum masehi ketika pemerintahan Dinasti Song. Kaedah tersebut dipanggil fuji dan diamalkan secara meluas oleh ahli-ahli Pertubuhan Quanzhen. Kaedah tersebut juga didapati digunakan oleh India purba, Greece, Rom dan Eropah zaman pertengahan.
Menurut catatan sejarah Greek yang ditulis oleh ahli falsafah Pythagoras, kaedah perantraan roh digunakan sekitar 540 sebelum masehi. Walau bagaimanapun ahli sejarah berpendapat kaedah fuji yang digunakan oleh orang Cina tidak melibatkan pengunaan papan seperti papan ouija dan tidak terdapat bukti kukuh ia digunakan juga oleh orang Greek.
Ahli Spiritual
Gerakan ahli spiritual moden atau modern spiritualist mulai berkembang pesat sekitar pertengahan kurun ke-19 di Amerika Syarikat. Mereka dipercayai pelopor yang mengunakan papan berhuruf untuk berkomunikasi dengan alam ghaib. Tetapi papan ouija tidaklah kelihatan seperti sekarang. Alat yang digunakan adalah seperti ayunan ladung yang digantung pada sekeping plate yang menganduungi huruf dan nombor. Ada yang menggunakan keseluruhan meja untuk menunjukkan huruf atau nombor yang ditulis atas lantai. Namun kaedah lazim yang digunakan ialah menggunakan meja kayu kecil yang dilengkapi pensil untuk menulis mesej-mesej yang diterima dari alam ghaib. Meja kecil tersebut juga dikenali sebagai planchette.
Papan Ouija Moden
Ketika lewat tahun 1800-an meja planchette dijual sebagai bahan yang unik sebagai koleksi atau perhiasan. Ahli perniagaan Elijah Bond dan Charles Kennard mendapat ilham untuk mematenkan meja planchette dalam bentuk papan yang dicetak huruf dan nombor di atasnya. Paten tersebut difailkan pada 28 Mei 1890 dan terhasillah papan spirit atau talking board yang pertama di dunia. Paten untuk papan Ouija diluluskan dan dikeluarkan pada 10 February 1891. Pekerja Kennard iaitu William Fuld mengambilalih sepenuhnya pengeluaran ouija board pada tahun 1901. Fuld telah menubuhkan Kennard Novelty Company dan menjadi presidennya. Fuld mendakwa beliaulah yang bertanggungjawab ke atas kesemua ciptaan, jenama dan rekabentuk talking board. Beliau mengunakan istilah "ouija" untuk pertama kalinya dan telah menukar nama syarikatnya kepada Ouija Novelty Company. Nama ouija begitu sininim dengan talking board atau spirit board sehinga ke hari ini. Willian Fuld telah banyak menyaman syarikat yang cuba meniru papan ouija ciptaannya. Fuld telah meninggal dunia pada 1927 dalam satu kemalangan misteri!. Tidak dapat dipastikan adakah William Fuld pernah bermain ouija board. Pada tahun 1966 keseluruhan perniaggan, aset dan paten hak cipta milik William Fuld telah diserahkan oleh keluarganya kepada Parker Brothers. Parker Brothers adalah syarikat yang mengeluarkan permainan monopoly yang terkenal di seluruh dunia. Syarikat tersebut berjaya menjual sekitar 20 hinga 25 juta unit papan ouija. Jualan tersebut mengatasi jualan permainan monopoly. Parker Brothers menjual ouija board dengan tag line "it's only game- isn't it?".

sumber:

wikipidia, talking board museum

p/s - dalam artikel akan datang akan diterangkan kontroversi, kisah-kisah misteri yang terkenal disebalik permainan ouija board.

Friday, June 25, 2010

Minisiries " V "

Siri mini "V" ini pernah dikeluarkan pada 1983 dan pernah disiarkan di Malaysia dua tahun kemudian. Kali ini siri "V" dikeluarkan semula pada tahun 2009 tapi lebih canggih lagi. Baru sahaja musim pertama dan musim kedua dijangkakan dibuat pada tahun 2011. Tak tahulah samada ia akan ditayangkan di Malaysia atau tidak. Tak kisahlah...anda boleh download sahaja. yang penting tak ada iklan.
Download link di bawah:

Wednesday, June 23, 2010

Simbol Nazi German Ditemui di Permukaan Bulan

foto simbol Nazi German di kawah bulan
Foto yang dirakam oleh probe Cassiopeia ke atas kawasan bulan yang digelar dark side of the moon telah menimbulkan kontroversi dan kegemparan dikalangan ahli astronomi dan ahli teori konspirasi. Foto yang dirakam telah mendedahkan satu struktur ganjil di salah satu kawah bulan yang diberi nama Schroedinger Carter yang terletak di Kututb Selatan Bulan. Sumber rasmi foto tersebut ( dipercayai pihak NASA ) gagal memberi sebarang penjelasan. Para saintis, pengkaji UFO, dan ahli konspirasi berdebat mengenai teori kemungkinan ia dibina oleh makhluk pintar ( extraterrestral intelligence ) di permukaan bulan.
Kesahihan foto tersebut boleh dipersoal dan dipertikaikan kerana beberapa beberapa faktor yang mempengaruhi antaranya jarak diantara orbit probe dan bulan yang jauh, debu-debu dari bulan yang telah diionkan, pantulan dan biasan cahaya yang boleh mengelirukan. Walaubagaimanapun imej yang dirakam jelas menunjukkan garisan-garisan lurus yang membentuk simbol swastika. Adakah ia secara kebetulan atau memang ia dibina dengan sengaja?. Simbol swastika memang diketahui digunakan oleh pengikut Nazi German dan juga penganut Agama Hindu. Ini bukanlah kes pertama imej-imej yang dirakam dari angkasa mengambarkan sesuatu yang dikenali. Antara imej yang terkenal ialah wajah manusia dan struktur berbentuk piramid yang dirakam di kawasan Cydonia di permukaan Marikh. Namun adakah simbol swastika itu ilusi atau permainan optikal?. Ahli astronomi masih lagi membuat kajian.
Ada teori yang mengatakan Hitler telah mendahului Amerika dan Russia dalam usaha untuk menakluk bulan dan telah berjaya membina pengkalan tentera bulan. Ada juga teori yang mengatakan pengkalan bulan itu dibina oleh Hitler untuknya melarikan diri akibat kekalahan teruk dalam Perang Dunia Kedua. Martin Kernss, salah seorang pengkaji UFO antarabangsa menyangkal kesemua teori tersebut. Dia berpendapat ia telah dibina oleh Alfa Centurions yang telah membina kehidupan di bumi berjuta tahun dahulu sambil menambah ia dibina untuk membuktikan kepada kita kehadiran mereka di dunia ini. Walau apapun ia tetap meninggalkan misteri kepada kita. terpulanglah kepada persepsi masing-masing.
sumber: paranormalvideos.net.com